Saturday, June 13, 2026

Suami isteri maut dipercayai terkena renjatan elektrik pemanas air

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri ditemui mati di dalam bilik air dipercayai akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air di sebuah rumah di tingkat dua Taman Puncak Tringkap, Cameron Highlands, Pahang, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, kedua-dua suami isteri yang berasal dari Sarawak itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal mangsa lelaki yang berumur 46 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik menyebabkan isteri dan anaknya bergegas ke bilik air melihat mangsa yang rebah.

“Isteri mangsa kemudiannya meminta anak mencari kayu dan apabila anaknya kembali ke bilik air berkenaan mendapati ibunya turut rebah,” katanya hari ini.

Ramli berkata, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital dan berdasarkan kesan awal mangsa dipercayai terkena arus elektrik daripada alat pemanas air.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan