27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Doha, malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 3 petang (waktu tempatan).

Ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan sebelum memeriksa barisan kawalan kehormat dibarisi Pengawal Istiadat Amiri serta menaiki kenderaan khas.

Hari inj, Perdana Menteri dijadual melawat Ladang Baladna, iaitu antara ladang ternakan lembu terbesar di rantau itu yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Doha, bagi menyaksikan pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara PR1MA dan Lembaga Pelaburan Qatar selain menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan serta Keluarga Malaysia di Doha.

Pada Selasa, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.

Baca juga:   8.03 juta individu lengkap dos penggalak vaksin COVID-19

Memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak sekian lama merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik selain bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas. 

Baca juga:   Malaysia sedia kembali sebagai hab pelaburan - Ismail Sabri

— BERNAMA

Wartawan



Terkini

DBKL angkut 11 motosikal halang laluan pejalan kaki di Kg Baru

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) di sekitar laluan...

Lagi Artikel Berkaitan