31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia muktamad penyertaan dalam RCEP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menguatkuasakan penyertaan ke dalam Perjanjian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Ia merintis jalan kepada ekonomi Malaysia berintegrasi ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar dunia dengan pasaran meliputi 15 negara, merangkumi lebih daripada 2.2 bilion atau hampir satu pertiga penduduk dunia dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya mengumumkan perkara itu berkata, RCEP membolehkan Malaysia menyertai perdagangan global dan ekosistem pelaburan, meraih manfaat daripada ketidaan kira-kira 90 peratus tarif dalam kalangan negara anggota.

Katanya, RCEP mewakili pencapaian penting dari segi pertumbuhan mantap dan pemulihan ekonomi, didokong oleh sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan.

“Kelebihan lain yang akan diraih termasuk liberalisasi selanjutnya perdagangan, termasuk penyingkiran halangan bukan tarif, meningkatkan kemudahan perdagangan, menyingkirkan halangan kepada sektor perkhidmatan selain menambah baik persekitaran perniagaan menerusi kawal selia berkaitan dengan perlindungan harta intelek, amalan pemerolehan kerajaan dan e-dagang,” katanya.

MITI berkata, penubuhan RCEP meletakkan rantau Asia Pasifik sebagai pusat graviti baharu perdagangan global, dengan jumlah perdagangan dijangka meningkat hampir AS$42 bilion.

Advertisements

“Di dalam ASEAN, Malaysia dijangka menjadi penerima manfaat terbesar perjanjian itu dari segi keuntungan dalam eksport, dengan unjuran peningkatan sebanyak AS$200 juta,” katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, MITI berkata, RCEP yang melengkapi agenda pembangunan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), akan meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk perusahaan mikro, untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pekerjaan serta inovasi.

Katanya, turut menjadi perhatian adalah peruntukan terhadap layanan khas untuk negara anggota paling kurang membangun, satu usaha penting untuk meningkatkan pembangunan ekonomi saksama.

“Ketika dunia sedang pulih secara berperingkat daripada kesan ekonomi pandemik, RCEP mewakili alat yang penting untuk mencergaskan semula perniagaan dan aktiviti ekonomi melalui pengurangan halangan kepada perdagangan merentasi rantau.

“Selain menambah baik kaedah menjalankan perniagaan, RCEP akan mewujudkan rantaian bekalan serantau baharu di samping mengukuhkan rangkaian sedia ada, justeru merangsang pertumbuhan perniagaan domestik ketika ia menyertai ekosistem perdagangan global,” katanya.

MITI berkata, komuniti perniagaan, daripada usahawan berskala besar hingga kecil, digalakkan untuk mengambil kesempatan daripada peluang pelaburan besar dan penyertaan lebih meluas dalam rantaian nilai serantau serta global yang diwakili oleh perjanjian perdagangan mega ini,” katanya. – Bernama

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan