26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Curi air: Dua tapak pembinaan pangsapuri diserbu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA tapak pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam selepas didapati melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah.

SPAN menerusi kenyataan berkata, dua buah bangunan pangsapuri 53 tingkat yang sedang dalam pembinaan itu didapati melakukan sambungan bekalan air tanpa melalui meter yang sah.

Menurutnya, syarikat pembinaan itu juga tidak memohon kebenaran sambungan bekalan air daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

“Tindakan pemotongan bekalan air telah dilakukan serta merta dan pihak syarikat pembinaan yang bertanggungjawab telah diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan serta akan berdepan tindakan perundangan.

“Kami sentiasa komited menjalin kerjasama berterusan bersama operator bekalan air bagi mencegah aktiviti penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang yang menjadi penyumbang kepada kadar Non-Revenue Water (NRW),” katanya.

Katanya, operasi sedemikian akan diteruskan bersama-sama operator-operator bekalan air di seluruh negeri dari semasa ke semasa.

SPAN berkata, kes akan disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada pihak premis yang terlibat serta sambungan tanpa kebenaran tersebut telah disita,” kata kenyataan itu.

Katanya, orang ramai dipohon memaklumkan kepada operator air masing-masing sekiranya mengesan kegiatan mencurigakan termasuk mencuri bekalan air bersih dan membuat penyambungan secara tidak sah.

Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran boleh disalurkan menerusi WhatsApp nombor 013-3885000 atau e-mel ke [email protected].- Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan