28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Malaysia berhati-hati sebelum buka semula sempadan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengambil sikap berhati-hati sebelum membuat keputusan membuka semula sempadan negara walaupun banyak negara telah menghapuskan sekatan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembukaan semula sempadan negara yang selamat kekal menjadi prinsip panduan kerajaan untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan Malaysia terurus.

Menurut beliau, meskipun jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk negara tinggi namun isu keselamatan kekal diberi perhatian utama.

“Dalam merangka strategi keluar negara kita daripada COVID-19 dan selaras dengan ‘Membuka Semula Dengan Selamat, Malaysia akan memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’ tidak lama lagi.

“Lebih banyak sektor akan dibuka, kawalan sempadan dilonggarkan tetapi langkah berjaga-jaga keselamatan seperti pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri mesti dijaga,” katanya menerusi ciapan dalam twitternya hari ini.

Hishammuddin berkata, walaupun kes positif COVID-19 di Malaysia kini lebih tinggi berbanding ketika gelombang Delta pada Ogos tahun lepas, namun bilangan kemasukan pesakit dan kematian yang direkodkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 80 peratus hingga 90 peratus lebih rendah.

“Kami mahu trend decoupling ini kekal dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau sebelum memutuskan sebarang kelonggaran yang seterusnya,” katanya.

Semalam, Hishammuddin dalam sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 berkata, gelombang Omicron tidak akan menyebabkan kerajaan melaksanakan semula sekatan pergerakan secara besar-besaran kerana ramai rakyat Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19.

Beliau juga berkata, Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan sedang meneliti negara asing yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) dari semasa ke semasa.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan