34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

ATM bantu calon SPM 2021 ke pusat peperiksaan – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan aset untuk membantu membawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terlibat banjir ke pusat-pusat peperiksaan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana membenarkan aset-aset ATM digunakan bagi membantu pelajar terbabit.

“Alhamdulillah, keadaan teratur dan peperiksaan berjalan dengan lancar di bawah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang baik.

“Saya doakan semoga anak-anak generasi pewaris negara ini dapat melakukan yang terbaik selepas melalui tempoh mencabar dalam pembelajaran sebelum hari peperiksaan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Radzi berkata, seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM kohot 2021 memulakan peperiksaan secara fizikal di seluruh negara mulai hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah serta lebih 50,000 petugas peperiksaan yang terlibat dalam pelaksanaan SPM kali ini.

Sebelum itu Radzi meninjau perjalanan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai 2 dan SMK Kota Masai melibatkan kertas Bahasa Malaysia hari ini.

Katanya, di Johor seramai 50,317 calon mengikuti peperiksaan tersebut.

“Selamat maju jaya kepada anak-anak calon SPM 2021,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan