32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan terima bantuan RM10,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian bantuan sehingga RM10,000 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan Kelantan.

Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir terbaharu akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 seperti dinikmati lebih 45,000 KIR mangsa banjir sebelum ini.

“Apa yang kita sudah beri dahulu pada gelombang pertama (banjir) akan diterima mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

“(Ia termasuk) bantuan wang ihsan, beli barangan untuk membaiki rumah, (baucar) beli barangan elektrik dan membaiki kenderaan yang saya sudah umum dahulu,” katanya, lapor BH Online.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyantuni 272 mangsa daripada 76 keluarga yang menghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Batu 23 di sini hari ini.

Kesemua 76 KIR terlibat menerima BWI sebanyak RM1,000 yang disampaikan Ismail Sabri.

Ismail Sabri yang turun padang meninjau lokasi banjir, tiba di PPS berkenaan jam 2.15 petang dan meluangkan masa hampir 30 minit dengan mangsa yang ditempatkan di premis itu sejak Ahad lalu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kit bantuan bencana kepada mangsa terjejas.

Ketika ini, terdapat 272 mangsa daripada 76 keluarga berada di PPS berkenaan.

Menerusi banjir gelombang kelima bermula Jumaat lalu, lebih 17,000 mangsa di seluruh Terengganu terjejas dengan Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan