30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Laluan VTL udara Pulau Pinang-Singapura dibuka 16 Mac

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu melalui pengangkutan udara antara Pulau Pinang dan Singapura akan dibuka bermula 16 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perluasan inisiatif VTL udara tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Katanya, ini membolehkan pengembara telah divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan yang telah ditetapkan sebagai penerbangan VTL tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

“Inisiatif VTL memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura.

“Di samping itu, dapat membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara terutamanya dalam sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

“Selain itu, inisiatif ini yang bermula bagi laluan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah mencatat sejumlah 82,906 ketibaan pengembara dari Singapura sehingga 28 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penerbangan VTL bagi laluan baharu itu akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang akan dioperasikan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia dan Singapura.

“Penjualan tiket penerbangan VTL akan dibuka oleh syarikat-syarikat penerbangan dalam masa terdekat.

“Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

“Butiran tentang keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg.,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan