31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Exco perlu kekal fokus, bukan masa ‘berbulan madu’ – Sultan Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu bahawa tugas mereka sudah bermula ketika mengangkat sumpah jawatan pada hari ini.

Baginda bertitah, Exco-Exco perlu kekal fokus dalam melaksanakan janji-janji atau ikhtiar yang telah dibuat dalam kempen pilihan raya mengikut portfolio masing-masing serta sentiasa bertanggungjawab, jujur dan amanah.

“Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tugas anda sudah pun bermula dari saat ini. Kepentingan negeri dan rakyat mesti diutamakan. Bekerjasamalah dengan semua pihak.

“Jangan lupa anda juga adalah wakil rakyat di kawasan masing-masing. Rajin-rajinlah balik dan bertemu mereka, bukan hanya muncul masa kempen atau terlalu selesa di pejabat sahaja. Ini bukan lagi masa ‘berbulan madu’.

“Masa kempen kamu telah berjanji kepada mereka, sekarang inilah masa untuk tunaikan sebaiknya, bekerja dengan penuh dedikasi. Saya akan sentiasa memantau prestasi semua Exco-Exco.

Baca juga:   Gangguan LRT: DBKL arah henti kerja projek Menara Soho

“Semua Exco sudah diberikan portfolio masing-masing. Jalankan tugas anda dengan sebaiknya jika tidak mahu diganti oleh calon lain,” titah baginda.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook mengucapkan tahniah kepada barisan Exco yang dilantik hari ini.

“Saya yakin bahawa barisan Exco negeri yang baru ini berpelajaran dan berkelayakan untuk mentadbir kerajaan negeri dengan dedikasi dan integriti.

“Barisan Exco ini juga mempunyai perwakilan dari golongan belia dan menunjukkan bahawa kerajaan negeri ingin melibatkan golongan muda untuk menggalakkan pentadbiran negeri yang lebih dinamik.

Baca juga:   Keputusan UMNO perlu lalui MKT dan Biro Politik

“Kepada para belia, kini sudah tiba masa untuk anda semua bangkit dan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan Johor.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pemilihan barisan Exco yang inklusif, dengan lantikan dari golongan belia dan dua orang wanita.

“Dengan ini, kita telah mengambil langkah ke depan demi memastikan tiada golongan masyarakat yang tercicir,”kata baginda.

Tunku Ismail turut menasihatkan kepada para Exco yang baharu sahaja dilantik, ada tiga aspek yang perlu diutamakan untuk Bangsa Johor, iaitu pendidikan, ekonomi, dan kesihatan.

“Memandangkan kesan negatif susulan pandemik COVID-19 ini terhadap seluruh dunia, kerajaan negeri perlu menumpukan kepada pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat dan negeri Johor,” kata baginda.

Baca juga:   Banjir: 40,847 mangsa masih ditempatkan di PPS di Johor

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan