31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

10 ADUN angkat sumpah Exco Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berlangsung di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Zahari Sarip (Buloh Kasap); Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai); K. Raven Kumar (Tenggaroh); Khairin Nisa Ismail (Serom); Mohd Hairi Mad Shah (Larkin) dan Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah).

Turut mengangkat sumpah Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).

Pada 15 Mac lalu, ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengucapkan tahniah atas pelantikan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon dan ADUN Paloh, Lee Ting Han sebagai Exco negeri Johor.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ka Siong memaklumkan Tian Soon memegang portfolio Kesihatan dan Perpaduan sementara Ting Han pula memegang portfolio Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.

Ka Siong turut berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohamad dan Menteri Besar Johor baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kepercayaan serta sokongan serta kerjasama kepada parti MCA.

Katanya, MCA berjanji akan terus bekerja keras untuk membalas sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu dan memastikan rakyat serta negeri Johor ini kekal stabil, makmur dan maju jaya di masa hadapan.- Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan