26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dua lelaki berlagak samseng, tahan ambulans terima padah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PADAH apabila berlagak samseng..

Tindakan agresif seorang pemandu van dan penunggang motosikal yang cuba menahan sebuah ambulans di Jalan Tepi Sungai ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di sini, menerima padah, apabila ditangkap polis.

Kejadian tersebut tular selepas sebuah video berdurasi 2.22 minit dimuat naik dalam media sosial yang memaparkan kejadian ambulans berkenaan ditahan.

Lelaki warga tempatan berusia 30 dan 53 tahun yang berlagak samseng itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang semalam selepas pemandu ambulans berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Klang pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan memberitahu, berdasarkan maklumat aduaan, kira-kira pukul 2 petang pada 24 Mac itu, pengadu sedang dalam perjalanan membawa seorang pesakit dialisis menghala ke Hospital Sri Kota.

“Sewaktu melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang, didapati sebuah motovan jenis Toyota Hiace warna putih, memandu secara rapat dari arah belakang ambulans. Pengadu telah menegur pemandu motovan tersebut dengan menggunakan pembesar suara agar menjarakkan kenderaan.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss warna biru berhentikan motosikalnya di hadapan ambulans yang dipandu oleh pengadu dan menghalang pergerakkan pengadu,” katanya, lapor Utusan.

Advertisements

Beliau menambah, sebaik sahaja penunggang motosikal berkenaan berhenti, dia cuba menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkan pengadu untuk turun dari ambulans. 

“Pengadu terus mengundurkan ambulans bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini. 

“Pada masa sama, motovan yang mengekori ambulans telah berhenti di tepi ambulans tersebut. Pengadu terus mengelak kedua-dua kenderaan dan meneruskan perjalanan ke hospital,” jelasnya.

Kata Hoong Fong lagi, susulan tangkapan, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan halangan salah.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau. Pihak polis akan membuat permohonan reman ke atas kedua-dua suspek pada hari ini di Mahkamah Klang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada orang awam sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa semasa berada di jalan raya serta memberikan keutamaan kepada ambulans yang membawa pesakit.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan