25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Covid-19: 177 kes daripada 26,250 kes baharu kategori 3, 4 dan 5

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 26,250 kes dilaporkan semalam dengan 177 kes daripadanya adalah kategori tiga, empat dan lima, menjadikan keseluruhan sebanyak 3,801,036 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,652 kes (32.96 peratus), kategori dua sebanyak 17,421 kes (66.37 peratus), kategori tiga sebanyak 70 kes (0.26 peratus), kategori empat sebanyak 60 kes (0.23 peratus) dan kategori lima 47 kes (0.18 peratus).

Menurutnya, daripada 177 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes (24.29 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 91 kes (51.41 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 43 kes (24.29 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 99 kes (55.93 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 77 kes (43.50 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.13 peratus) ibu mengandung.

“Terdapat dua kluster baharu menjadikan jumlah kluster sejak pandemik sebanyak 6,875 kluster. Daripada jumlah tersebut, 395 kluster lagi masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, enam negeri menunjukkan peratus pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya 167 peratus, Kelantan (69 peratus), Johor (68 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Selangor (58 peratus) dan Perak (53 peratus).

Menurutnya, bagi katil bukan ICU pula, 12 negeri menunjukkan peratus pengisian katil melebihi 50 peratus iaitu iaitu Selangor 109 peratus, Kuala Lumpur (95 peratus), Perlis (91 peratus), Perak (91 peratus), Terengganu (91 peratus), Putrajaya (86 peratus), Sarawak (78 peratus), Kelantan (76 peratus), Melaka (74 peratus), Johor (62 peratus), Pahang (58 peratus) dan Pulau Pinang (56 peratus).

“Manakala, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 211 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 24 peratus.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan