27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

85 calon hilang deposit dalam PRN Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 85 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya berkenaan pulang dengan ‘tangan kosong’ selepas kehilangan deposit.

Nasib berkenaan terpaksa ditanggung oleh calon dari tiga parti baharu yang membuat percubaan pertama iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mempertaruhkan 42 calon, Parti Bangsa Malaysia (PBM – 4) dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra – 1).

Parti Warisan yang juga mencuba untuk melebarkan sayapnya di Semenanjung dengan meletakkan enam calon dan Parti Sosialis Malaysia yang bertanding satu kerusi turut menerima nasib sama.

Bahkan, tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Semarang, Tenggeroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat dan Benut turut kehilangan deposit setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Masing-masing empat calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Yong Peng, Layang-Layang, Mengkibol dan Paloh dan Pakatan Harapan (PH) di Endau, Panti, Sedeli dan Penawar turut pulanb dengan tangan kosong.

Bagi kesemua 16 calon Bebas yang bertanding di 12 DUN, hanya Zahari Osman yang berhadapan pertandingan empat penjuru di DUN Penggaram memperoleh undi tertinggi berbanding calon Bebas lain iaitu sebanyak 2,190 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan keputusan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas memperoleh 40 kerusi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media khas kira-kira pukul 12.30 pagi di Bilik Gerakan SPR di Johor Bahru.

Dengan jumlah kerusi dimenangi bermakna BN akan membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu dengan majoriti lebih daripada dua pertiga kerusi.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan