28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

904,368 kanak-kanak telah terima vaksin COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 904,368 individu atau 25.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,736,569 individu atau 62.6 peratus populasi dewasa di negara pula sudah menerima dos penggalak COVID-19.

Sementara itu, seramai 22,950,422 atau 97.5 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 23,230,349 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,801,714 individu atau 90 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Sebanyak 2,897,292 atau 93.1 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menerusi data yang sama, menunjukkan vaksinasi harian semalam menyaksikan 101,038 dos vaksin diberikan meliputi 26,476 dos pertama, 1,300 dos kedua dan 73,262 dos penggalak.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,313,182.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 78 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan 21 kes di Johor.

Diikuti Kedah (15), Selangor (13), Perak (sembilan), Sabah (enam), Pulau Pinang (lima), masing-masing dua kes di Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Selain itu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes.-Bernama

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan