24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tiga sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENYAYAT hati… Tiga sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu, Sarawak malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.14 malam tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman setingkat melibatkan tiga orang mangsa.

“Sepasukan 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Scania dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) diketuai Pegawai Bomba Kanan Yusuf Tar dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.12 malam.

“Kebakaran melibatkan dua buah jenis rumah struktur tidak kekal.

Advertisements

“Pasukan bomba menemui mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dalam rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat tiga mangsa yang rentung ditemui dalam rumah tersebut ialah Rashidah Suut, 81, Taip Bus, 55, dan Sima Abdullah, 18, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba menemui mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dalam rumah itu.

“Berdasarkan maklumat awal, pihak kami mendapati terdapat mangsa yang terperangkap dan ketika proses overhaul dilakukan, pasukan telah menemui tiga mayat yang rentung,” jelasnya.

Ling Hii berkata, punca kejadian masih dalam siasatan serta mengenal pasti anggaran jumlah kerugian.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan