24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

17,384 mangsa banjir di Terengganu, 86 PPS dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANGSA banjir di Terengganu masih kekal 17,384 daripada 4,549 keluarga yang berada di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu berkata, Marang telah pulih sepenuhnya selepas satu-satu PPS yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan telah ditutup petang semalam.

“Kemaman kekal paling terjejas dengan 9,245 mangsa daripada 2,358 keluarga masih berada 27 PPS.

“Seramai 3,845 mangsa daripada 969 keluarga masih ditempatkan di 19 PPS di Hulu Terengganu,” katanya hari ini, lapor Kosmo.

Advertisements

Jurucakap itu berkata, sebanyak 24 PPS masih dibuka di Dungun dengan 2,795 daripada 823 keluarga masih ditempatkan.

Tambah beliau, Kuala Nerus pula masih mempunyai 502 mangsa daripada 140 keluarga yang berada di lima PPS.

“Seramai 490 mangsa daripada 128 keluarga pula masih ditempatkan di empat PPS manakala empat PPS dengan 355 mangsa daripada 89 keluarga masih beroperasi di Besut.

“Setiu pula semakin memulih dengan 152 mangsa daripada 42 keluarga masih berada di tiga PPS,” katanya

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan