26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

28 lebuh raya mula laksana RFID – Fadillah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 28 lebuh raya di seluruh negara telah melaksanakan penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) setakat ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan itu adalah selaras hasrat kerajaan memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti dikenali Multi Lane Free Flow (MLFF) yang menggunakan pendekatan teknologi RFID.

Menurutnya, dua lagi lebuh raya iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dijangka melaksanakan RFID pada penghujung Jun depan.

“Dalam menerajui inisiatif memperkenalkan sistem secara elektronik sepenuhnya, pelbagai kajian, sesi libat urus dan dialog diadakan bersama pemegang taruh (stakeholders) bagi mendapatkan maklum balas serta penyelesaian terbaik berhubung kaedah akan digunapakai.

“Kementerian jangka dapat laksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2025,” katanya di Dewan Rakyat tadi, lapor Kosmo.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang mahu mengetahui tentang pelaksanaan RFID setakat ini.

Advertisements

Sementara itu, katanya, kementerian turut meneliti untuk melaksanakan sistem tol tanpa palang seperti Electronic Road Pricing (ERP) yang diguna pakai di Singapura.

“Namun, atas kekangan kos dan pelaksanaan model perniagaan yang akan membebankan rakyat menyebabkan sistem itu tidak dilaksanakan di Malaysia dan teknologi RFID dipilih,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kos pembelian RFID, Fadillah menjelaskan, harga jualan semasa peranti itu bernilai RM35.

“Kos itu merangkumi kos tag RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

“Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan telah meminta supaya pihak TNG Sdn. Bhd. untuk mengkaji semula kos-kos berkenaan bagi tujuan mengurangkan harga jualan,” katanya

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan