25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

23,100 kes baharu COVID-19, 298 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan penurunan jumlah kes baharu COVID-19 semalam dengan sebanyak 23,100 kes dilaporkan.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 298 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dengan pertambahan kes baharu berkenaan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini mencecah 3,442,736 kes.

Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan Selangor (6,098 kes), Kedah (2,782 kes), Johor (2,367 kes), Sabah (2,174 kes) dan Pulau Pinang (1,728 kes).

Lain-lain negeri, Perak (1,335 kes), Pahang (1,147 kes), Negeri Sembilan (1,032 kes) dan Kelantan (1,200 kes).

Seterusnya Kuala Lumpur (968 kes), Terengganu (756 kes), Melaka (575 kes), Sarawak (442 kes), Perlis (195 kes), Labuan (173 kes) dan Putrajaya (128 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 75 kes kematian COVID-19 dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,749 kes manakala, sebanyak 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,710 kes.

Sebanyak 293,423 kes aktif dilaporkan melibatkan 281,714 kes dikuarantin di rumah, 3,467 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara, 7,881 kes di hospital, 168 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 193 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan