26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis rampas bekalan dadah untuk lebih 1.3 juta individu

Sebanyak 125 tanah rancangan Felda dan 222 kawasan PPRT seluruh negara diserbu - Ayob Khan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dipercayai boleh dibekalkan kepada 1,304,250 “kaki dadah” sempena Op Tapis Khas Siri 2 selama tiga hari bermula Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi berkenaan, polis telah mengempur 125 kawasan penempatan rancangan Felda dan 222 kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara.

Menurutnya, polis telah berjaya menahan 3,668 orang termasuk 116 rakyat asing berusia antara 14 hingga 60 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10.3 juta dalam operasi berkenaan.

“Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam selain enam pelajar sekolah menengah antara yang ditahan kerana memiliki bekalan dadah dan positif ujian saringan awal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Ayob Khan berkata, antara dadah yang dirampas dalam operasi itu adalah Heroin seberat 5.79 kilogram (kg), Syabu (279.16 kg), Ketamin (29.8kg), Ganja (1.03kg), pil Erimin 5 (1.5kg), pil Yaba (1.68kg), Ekstasi (545.70 gram), serbuk Ekstasi (71.20 gram), daun ketum (455.5kg), pil Psikotropik (204.24gm), air ketum 269.05 liter, satu batang pokok Ganja dan 14.55 liter ubat batuk.

Advertisements

Menurut beliau lagi, turut dirampas dalam operasi yang sama ialah sepucuk pistol tiruan di Jerantut, Pahang, selaras senapang patah dan 17 butir peluru di Selama, Perak serta selaras senapang patah, selaras senapang angin dan 18 butir peluru di Lawas, Sabah.

“Tangkapan turut melibatkan 572 pengedar dadah, 1,850 penagih dan 185 orang yang dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah.

Menurutnya, kesemua tangkapan direman selama 7 hari bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini.

“Individu yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 serta ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan