23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

14 PATI ditahan cuba masuki perairan negara secara haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki perairan negara secara haram tidak berjaya apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  Pulau Pinang semalam.

Menurut kenyataan Maritim Malaysia Pulau Pinang, bot ronda agensi itu yang sedang melaksanakan rondaan OP Pertiwi menerima maklumat daripada komuniti nelayan berhubung sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam. 

“Hasil maklumat tersebut anggota bot ronda Maritim Malaysia telah menahan bot kayu terbabit yang dipercayai dari Indonesia bersama 14 penumpang di kedudukan 5.3 kilometer barat daya Sungai Pinang.

”Ketika bot ronda Maritim Malaysia menghampiri bot tersebut untuk pemeriksaan, empat individu di dalam bot berkenaan telah bertindak terjun laut untuk melarikan diri, namun cubaan mereka gagal selepas diselamatkan dan kemudian ditahan bersama PATI yang lain,” katanya.

Baca juga:   Kapal Dayang Topaz karam, 2 maut , 185 diselamatkan

Kenyataan itu berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot yang dinaiki oleh 14 lelaki dipercayai warga Indonesia berumur antara 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dalam perjalanan dari pangkalan daerah Seruway, Acheh cuba memasuki Malaysia melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

“Kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan migran dan memasuki Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan,” katanya.

Baca juga:   Nurseri Gaza sumber rezeki keluarga Ramy dan Hanin

Tambah kenyataan itu, Maritim Malaysia berterima kasih kepada komuniti maritim yang prihatin dalam menyalurkan maklumat atau aduan segera yang melibatkan aktiviti jenayah dipersekitaran mereka dan berharap ia dapat dikekalkan dan dipertingkatkan demi kesejahteraan bersama.

“Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut  atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999,” katanya.

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan