31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

TDM terima enam helikopter tempur ringan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TENTERA Darat Malaysia (TDM) menerima enam unit helikopter Light Scout/Attack model MD530G yang akan diatur gerak bagi membantu meningkatkan kesiapsiagaan tentera darat dalam menjaga keamanan negara.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, peranan utama helikopter itu adalah sebagai pesawat tempur ringan dan ia dilengkapi dengan kuasa tembakan jenis Gatling Gun 7.62mm, Heavy Machine Gun 12.7mm dan Rocket Launcher 70mm.

Menurut beliau, keupayaan kuasa tembakan yang dimiliki oleh pesawat tersebut mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri dalam jarak 500 meter ke tujuh kilometer.

“Ketangkasan helikopter ini juga membolehkan ia melaksanakan tugas tinjauan udara.

“Helikopter ini akan diaturgerakkan untuk membantu ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia yang lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak,” katanya hari ini.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dilaporkan berkata, tiga pesawat tempur ringan ini akan dihantar ke Sabah untuk kegunaan di kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Sebelum ini, kita memang rancang untuk penugasan persisiran Pantai Timur Sabah tetapi memandangkan sudah ada tiga Agusta Westland di sana, jadi kita akan tempatkan tiga di ESSCOM dan tiga buah lagi di Kluang (Kem Mahkota) untuk tujuan latihan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Mengulas lanjut mengenai pesawat buatan Amerika Syarikat itu katanya, ia dibekalkan oleh syarikat Halaman Optima Sdn Bhd melalui syarikat Destini Prima Sdn Bhd itu dibina oleh MD Helicopter Inc (MDHI).

“Helikopter ini tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari lalu dari Pelabuhan Oakland, AS setelah melalui pelayaran panjang selama 31 hari.

Advertisements

“Selain membekal enam helikopter, kontrak perolehan ini juga merangkumi program latihan untuk juruterbang dan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

“Seramai lapan juruterbang dan sembilan juruteknik menghadiri program latihan itu di Mesa, Arizona, AS selama 43 hari bermula pada 26 April hingga 11 Jun tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, satu pasukan pemeriksaan Pre-Delivery Inspection (PDI) ditubuhkan pada Julai tahun lalu bagi menentukan kualiti pesawat ini menepati spesifikasi TD.

“Ini diatur gerak ke Premis MDHI di Mesa, Arizona, Amerika Syarikat untuk melaksanakan pemeriksaan yang bermula pada 6 hingga 17 Disember tahun lalu.

“Pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan fizikal pesawat, pemeriksaan kefungsian/keupayaan pesawat, pemeriksaan fizikal alat ganti, pemeriksaan Flight Training Device (FTD) (simulator) dan pemeriksaan fizikal persenjataan.

“Ketika ini, pesawat itu sedang melalui pemeriksaan oleh Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) yang dijangka berjalan selama kita-kira enam hari sehingga 2 Mac depan, seterusnya akan melalui proses penerimaan akhir oleh TD,” katanya.

Beliau berkata, satu pasukan pemeriksa dikenali sebagai Tim Final Acceptance Test (FAT) ditubuhkan dan akan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa pesawat itu secara terperinci bermula pada 3 hingga 27 Mac depan.

“Setelah Tim FAT mengesahkan helikopter ini lulus pemeriksaan akhir, Sijil Pemeriksaan Akhir akan dikeluarkan dan ditandatangani oleh wakil syarikat bersama Tim FAT dan ini menandakan enam helikopter ini menjadi hak milik TDM secara rasminya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan