24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MARA hantar 99 pelajar ke universiti terbaik di Jerman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 99 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di Jerman dalam bidang kejuruteraan di bawah program Young Talent Development Programme (YTP) bermula Mac ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MARA juga akan membiayai 60 ribu pelajarnya di bawah skim pinjaman boleh ubah di dalam dan luar negara tahun ini.

“MARA menawarkan program bantuan pinjaman pelajaran dari pelbagai peringkat pengajian dan bidang kepada kumpulan sasar melalui program World’s Top Universities Programme (WTU).

“Juga program Graduate Excellence Programme (GREP), Program Pembangunan Profesional (Pro-P), Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Excellent Students Programme (IESP) dan MARA Education Sponsorship Hybrid (MESH) serta Young Talent Development Programme (YTP).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Bual Mesra dan Prapelepasan Pelajar MARA Ke Jerman di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) Bangi, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Ahli Majlis MARA, Datuk Rosni Sohar.

Sebahagian pelajar yang diraikan dan tetamu kehormat yang menyertai Majlis Bual Mesra dan Pra Pelepasan Pelajar MARA Ke Jerman di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) Bangi, hari ini. Kredit: KPLB

Tambah Mahdzir, kumpulan pelajar yang dihantar ke Jerman itu berjaya melengkapkan pengajian A-Level di GMI selama 1 tahun 9 bulan dan memperolehi keputusan cemerlang dalam Cambridge International Examination (CIE).

Menurut beliau, bermula Mac ini, pelajar terbabit akan menjalani kursus khas di pusat bahasa di Jerman selama 6 bulan.

“Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa universiti terkemuka di Jerman selama 4 tahun dalam bidang Kejuruteraan.

Advertisements

“Meskipun dengan pelbagai kekangan dan cabaran, inilah detik yang cukup bersejarah sekaligus membuktikan sistem Pendidikan MARA bertaraf dunia,” katanya.

Menurut beliau lagi, tahap kebolehpasaran graduan IPMA juga berada pada tahap yang tinggi iaitu pada kadar 94 peratus untuk tahun 2021 berbanding sasaran sebanyak 85 peratus.

Untuk rekod, MARA melaksanakan Program Pra Pelepasan Pelajar Ke Luar Negara yang dinamakan ‘Know Before You Go’ yang wajib dihadiri oleh semua pelajar.

Melalui program berkenaan, pelajar diberi pendedahan dan penerangan berkaitan urusan konsular oleh Bahagian Konsular Wisma Putra, taklimat urusan di lapangan terbang, urusan kewangan dan prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjadi pelajar tajaan MARA di luar negara nanti.

Ia adakah kesinambungan daripada Program Pemantapan Karisma yang dihadiri pelajar di mana mereka telah didedahkan kepada prinsip utama konsep kenegaraan serta memahami kepentingan kerajaan dalam pentadbiran Malaysia.

Mengenai program YTP pula jelas Mahdzir, seramai 987 pelajar bagi kemasukan tahun 2020 dan 1,401 pelajar bagi kemasukan 2021 sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di seluruh dunia.

Ia termasuk universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland, Jerman, Perancis, Jepun, Rusia, Korea Selatan, Australia, Jordan dan Mesir bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan