26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Abdul Hamid hilang hak komen isu kartel dalam PDRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebulat suara mengeluarkan keputusan bahawa bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkaitan isu kartel dalam pasukan keselamatan negara ini.

Tegas EAIC, kenyataan Abdul Hamid sebelum ini, tidak memberikan sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan.

“Beliau juga tidak menamakan mana-mana pegawai yang terlibat dalam isu kartel tersebut selain mengakui tidak pernah membangkitkannya dalam mana-mana mesyuarat melibatkan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman selaku KPN.

“Justeru, barisan Pesuruhjaya EAIC mendapati, beliau selaku KPN (ketika itu) tidak mengambil tindakan sewajarnya walaupun mengetahui isu kartel ini sejak 2020 yang mana beliau mempunyai kuasa untuk menanganinya sebelum mendedahkan kepada media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

EAIC berkata demikian merujuk kepada kenyataan Abdul Hamid yang dilaporkan dalam media sebelum ini mengatakan dapatan siasatan suruhanjaya itu mengenai isu kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ‘cetek dan tidak betul’.

Jelas kenyataan itu lagi, Abdul Hamid selaku KPN sepatutnya mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada media.

“Terdapat saksi dalam siasatan EAIC yang menyatakan bahawa kenyataan mengenai kewujudan kartel oleh Abdul Hamid pada saat akhir sebelum kontrak beliau sebagai KPN tamat pada Mei 2021 menimbulkan persoalan tentang motif dan tujuan pendedahan tersebut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, EAIC juga ingin menegaskan bahawa Abdul Hamid turut enggan untuk dirakamkan percakapan lanjut bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan