25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir di Queensland: 110 pelajar Malaysia dipindah ke PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 110 pelajar Malaysia di Queensland, Australia yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS).

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 75 daripada mereka merupakan pelajar di bawah pelbagai agensi ditempatkan di PPS University of Queensland, manakala 35 lagi sedang dipindahkan.

Secara keseluruhannya menurut beliau, terdapat 348 rakyat Malaysia yang berdaftar di Queensland, termasuk kira-kira 200 pelajar.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dengan kerjasama wakil komuniti Malaysia di Brisbane, Chan Wai Kiong dan Presiden Majlis Pelajar Malaysia di Australia (MASCA) Razin Hadi sedang memantau dan menyelaraskan urusan perpindahan rakyat Malaysia yang terjejas ke PPS.

“Kerajaan Negeri Queensland melalui siaran televisyen telah memaklumkan bahawa situasi banjir dijangka berlanjutan bagi tempoh tiga hingga lima hari akan datang.

“Menurut agensi ramalan cuaca, situasi hujan yang sedang bergerak menghala ke arah selatan dijangkakan menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Timur laut New South Wales serta Sydney,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Advertisements

Saifuddin berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dengan kerjasama Konsulat Malaysia di Sydney sentiasa bersiap siaga dan memantau serta melaporkan perkembangan banjir ini dari masa ke masa.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas supaya berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Tinggi melalui talian +61261 200 300/310 atau +61416 334 901 atau e-mel ke [email protected].

Menurut laporan media di negara berkenaan, ribuan penduduk di pantai timur Australia diarahkan meninggalkan kediaman mereka susulan hujan lebat yang menenggelamkan beberapa buah bandar.

Manakala, angka kematian meningkat kepada lapan orang setakat ini.

Seramai 1,544 orang dipindahkan ke PPS, manakala lebih 1,000 sekolah di pantai timur negara itu ditutup.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan