25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Semua calon PN penuhi kriteria menjadi wakil rakyat

Mesti Baca

KESEMUA 56 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diterima membuktikan bahawa mereka memenuhi kriteria untuk menjadi wakil rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua calon parti itu dikemukakan adalah berkelayakan, berkelulusan, berpengalaman, berakhlak dan berhemah tinggi.

“Setiap calon terpilih telah menjalani dan melepasi proses tapisan yang ketat bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang salah laku, bebas daripada kes mahkamah seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, kesemua calon PN akan menandatangani aku janji dan mengangkat sumpah menolak segala perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan berikrar memikul tanggungjawab serta amanah bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang bersih.

Presiden Bersatu itu turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila kesemua diterima untuk bersaing dalam PRN Johor pada 12 Mac ini.

Advertisements

Beliau Perdana Menteri itu turut melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT apabila proses penamaan calon yang diadakan pagi ini di seluruh negeri itu berjalan lancar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebelum itu mengiringi bekas Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong yang dimenangi beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu serta Muhd Nur Iqbal Abd Razak bagi DUN Bukit Pasir.

Katanya, dengan keazaman yang tinggi untuk berkhidmat kepada bangsa Johor, beliau percaya pasukan PN mampu merencana dan memacu pembangunan negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju, yang mana kemakmurannya dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ada seorang pun yang tertinggal atau terpinggir.

“Sehubungan itu saya menyeru seluruh bangsa Johor agar dapat menyokong dan mengundi calon PN pada PRN Johor 12 Mac nanti.

“Inilah peluang keemasan bagi bangsa Johor untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang bersih, berintegriti, bertanggungjawab dan prihatin rakyat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan