25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

BN lancar manifesto PRN Johor 1 Mac – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 1 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.

“Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah berjaya memenangi PRN Melaka.

“Jadinya ia di Johor ini tema kestabilan demi masa depan,” katanya semasa menjadi tetamu program Suara Johor terbitan Bernama TV.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia, di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berharap kesemua 56 calon BNpada PRN Johor ini terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing, menggunakan pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka atau menerusi alam maya.

“(Kita mahu) sampaikan kepada anak-anak muda di luar sana bahawa, hasrat anak muda menginginkan pendidikan tinggi, kemahiran tinggi majoriti atau hampir kesemuanya disediakan dan dilaksanakan UMNO dan BN.

“Peluang pekerjaan, perniagaan, rumah mampu milik, adalah janji BN untuk orang muda dan semua masyarakat. Bagi terus memastikan kestabilan, kita ingin jadikan kawasan luar bandar ini ‘luar biasa’,” katanya.

Mengenai jaminan BN untuk menunaikan manifesto tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kerajaan daripada parti gabungan itu tidak pernah gagal dalam menunaikan janji-janji di dalam manifesto, semasa pentadbiran mereka.

“Manifesto yang tidak ditunai ini adalah Pakatan Harapan (PH), yang di dalamnya ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana dalam PH 100 hari ada 10 janji utama, dan banyak yang tidak ditunaikan.

“Saya bagi pihak UMNO khususnya BN, amat yakin bahawa jika diberi mandat, kandungan manifesto (kami) akan ditunaikan,” katanya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan