28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pembahagian kerusi PN selesai, semua calon diminta bersumpah

Mesti Baca

PEMBAHAGIAN kerusi antara parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) selesai dan senarai calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai calon tersebut akan dikemukakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk tapisan.

Menurut beliau, calon-calon yang akan mewakili PN juga diminta untuk mengangkat sumpah menentang rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya mereka menang dan mentadbir negeri itu.

“Ini biasa kita buat supaya mereka ini cukup bersih. Tetapi lebih daripada itu, macam yang kita buat dan lakukan di negeri Melaka, semua calon-calon yang akan dipilih dalam parti-parti PN perlu angkat sumpah.

“Hanya PN di negeri Melaka, di mana calon-calon yang bertanding angkat sumpah menentang rasuah dan tidak akan salah guna kuasa.

“Kita nak cabar Barisan Nasional (BN) buat apa yang akan kita buat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PN Johor di Kota Tinggi, Johor yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook parti itu malam tadi.

Advertisements

Hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta pemimpin-pemimpin kanan PN yang lain.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, usaha itu penting sebagai iltizam PN bersungguh-sungguh dalam mentadbir urus negeri dengan cara yang betul dan bersih daripada masalah integriti.

Sementara itu, Abdul Hadi pula berkata, rakyat Johor sepatutnya mengajar UMNO dengan menolak parti itu yang banyak menyusahkan rakyat dengan asyik mengadakan pilihan raya negeri walaupun ia tidak diperlukan.

Timbalan Pengerusi PN itu berkata, sudah tiba masanya pengundi-pengundi Johor menjadi ‘guru’ kepada rakyat di negeri-negeri lain dalam bidang politik dengan menolak BN atau UMNO yang asyik menyusahkan rakuat dengan sering mengadakan pilihan raya.

“Selepas Melaka, sekarang Johor, selepas ini tidak diketahui di negeri mana pula mereka akan adakan pilihan raya. Jangan dicucuk hidung, sudah 60 tahun lebih anda mengundi Barisan Nasional (BN). Kalau pegawai kerajaan berumur demikian, dia sudah pencen dan berehat di rumah,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Sabah telah memilih PN dalam PRN lepas yang diadakan di negeri itu dan rakyat Johor seharusnya boleh juga berbuat demikian.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan