24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

27,808 kes baharu Covid-19, Johor antara negeri tertinggi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh negara terus mencatatkan peningkatan dengan 27,808 kes dilaporkan semalam manakala Johor antara negeri yang merekodkan jumlah kes baharu tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, daripada jumlah tersebut hanya 103 kes atau 0.37 peratus kritikal dan separa kritikal atau kategori 3, 4 dan 5.

Menurut berkata, sebanyak 27,705 kes atau 99.63 peratus lagi adalah kategori 1 dan 2 sementara kes sembuh pula adalah sebanyak 12,488 kes.

Beliau berkata, dengan penambahan tersebut menjadikan kes kumulatif Covid-19 di Malaysia mencapai 3,166,023 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah sebanyak 235 kes dengan 92 kes disahkan COVID-19, 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri pada 18 Februari 2022 – Sumber: Covid19Place

“Manakala kes memerlukan bantuan pernafasan pula adalah sebanyak 132 kes dengan 55 kes disahkan COVID-19, 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengikut pecahan negeri pula, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi kes iaitu sebanyak 5,565 diikuti Selangor (6,064 kes), Johor (2,716 kes), Pulau Pinang (2,088 kes) serta Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing sebanyak 1,722 dan 1,712 kes.

Baca juga:   5,718 pesakit sembuh, rekod tertinggi dicatat KKM

Dr Noor Hisham berkata, daripada 103 kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, sebanyak 43 kes atau 41.75 peratus melibatkan pesakit yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

Baca juga:   5,755 kes baharu hari ini - Dr Noor Hisham

Manakala 41 kes (39.81 peratus) melibatkan mereka yang sudah menerima dua dos vaksin, 19 kes (18.45 peratus) telah menerima dos penggalak manakala selebihnya adalah kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas, komorbid dan ibu mengandung.

“Sebanyak 16 kes kematian semalam dengan sembilan daripadanya brought-in-dead (BID),” kata beliau. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata...

Lagi Artikel Berkaitan