27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

1,375 kontraktor tempatan terlibat pembinaan projek ECRL

Mesti Baca

SEBANYAK 1,375 kontraktor tempatan telah dilantik untuk terlibat sama dalam pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kemajuannya sudah mencapai 27.19 peratus sehingga Januari lalu.

Pengarah Urusan, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) Kong Qi berkata, daripada jumlah itu sebanyak 459 bertindak sebagai subkontraktor, 827 pembekal manakala 80 lagi merupakan perunding projek.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan lebih banyak vendor tempatan untuk tahun ini dan masa akan datang memandangkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api laju dari Pelabuhan Klang ke Kuala Terengganu itu semakin giat dilaksanakan.

“ Setakat Januari 2022, projek ECRL telah mencapai kadar kemajuan 27.19 peratus. Pencapaian yang disasarkan untuk kadar kemajuan projek adalah mencecah 37 peratus menjelang akhir 2022.

“Memandangkan kerja-kerja pembinaan ECRL di Pantai Timur telah mencapai lebih 300 tapak kerja tahun ini, kami menjangkakan akan bekerjasama dengan lebih banyak vendor tempatan dan menggalakkan lebih banyak penyertaan, terutama dari Pantai Timur.

“CCC-ECRL akan terus menyediakan peluang untuk pemindahan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran lebih ramai golongan professional kereta api tempatan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Baca juga:   Kerajaan jamin tambang ECRL tidak membebankan pengguna

Qi berkata, kejayaan kemajuan projek tersebut adalah bukti dedikasi dan sumbangan subkontraktor, pembekal dan perunding tempatan.

Beliau berkata, sebagai menghargai sumbangan mereka, CCC-ECRL telah menganugerahkan 30 vendor tempatannya dengan Anugerah Kecemerlangan 2021

Baca juga:   Kluster berulang, syarikat abai SOP - Dr Noor Hisham

Katanya, anugerah yang memasuki edisi kedua itu mengiktiraf amalan dan prestasi terbaik rakan projeknya dalam aspek pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE), pengurusan kualiti, pengurusan kemajuan dan peruntukan sumber.

Salah seorang penerima anugerah tersebut, Mohd Faizal Ramli yang juga Pengarah Sincere Image Sdn Bhd berkata, projek ECRL telah mencipta keadaan yang stabil dalam sektor pekerjaan untuk komuniti Pantai Timur, lebih-lebih lagi sejak berlakunya kemelesetan ketika pandemik COVID-19.

Katanya, projek itu juga telah bertindak sebagai perangsang berkesan untuk industri berkenaan secara keseluruhannya.

“Menyedari bahawa pembangunan akan terus berkembang dari ini, saya
melihat masa depan yang cerah dengan lebih banyak peluang untuk kontraktor tempatan di Pantai Timur,” katanya.

Since Image Sdn Bhd adalah subkontraktor yang terlibat dalam menyiapkan pembinaan fasiliti kem, loji pembancuh dan gudang di Seksyen 3, Kuala Terengganu.

Katanya, kerja-kerja lain yang masih berjalan di bawah kendalian Sincere Image adalah kerja substruktur untuk pembinaan jambatan di Sekyen 1, Kota Bharu, Seksyen 2, Kuala Terengganu dan Seksyen 4, Dungun. – Edisi 9

Baca juga:   PRK Chini: Mohd Sharim dijangka berdepan laluan mudah

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan