24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Radzi bawa anak bongsu suntik vaksin Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memberikan contoh yang baik kepada ibu bapa apabila membawa anak bongsunya berusia 12 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Menerusi perkongsian dalam Facebooknya, Radzi berkata, beliau membawa anaknya itu mendapatkan suntikan vaksin untuk kanak-kanak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IOI Mall, Kuala Lumpur.

“Pagi tadi saya bawa anak bongsu untuk menerima vaksin di PPV IOI Mall. Cepat dan teratur. Mengambil masa kurang sejam bermula daripada beratur untuk mendaftar hingga selesai pemantauan.

“Tahniah Kementerian Kesihatan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Radzi mengajak ibu bapa agar membawa anak masing-masing bagi mendapatkan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Kanak-kanak (PICKids).

Advertisements

“Untuk ibu bapa yang ada anak-anak berumur lima hingga 11 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk vaksinasi #PICKids!,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Khairy berkata, keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan