32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Felda akan jadi Fortune Global 500 terbaik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menjadi Fortune Global 500 terbaik menerusi lima aspek kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2020 hingga 2021.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, aspek tersebut melibatkan pemikiran pengurusan, penambahbaikan akaun, pemilikan FGV, program Wakaf dan pemerkasaan teknologi.

Menurutnya, sejak dilantik pada 14 Mei 2020, beliau telah menyelesaikan banyak hutang dan mewujudkan pelbagai program yang membantu peneroka kembali yakin dan percaya dengan Felda.

“Aspek pertama melibatkan pemikiran pengurusan menerusi Neuro-Linguistic Programme (NLP) dilaksanakan kepada semua petugas Felda dan termasuk kepada pimpinan peneroka.

“Yang akhirnya, warga peneroka berjaya mengumpul RM9.9 juta menerusi program Sedekah300,” katanya dalam taklimat bersama media mengenai Kejayaan Felda dan Hala Tuju Baharu Felda hari ini.

Program tersebut dihadiri Pengarah Besar Felda; Datuk Amiruddin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Besar Felda; Mahatzir Mustafa dan Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil.

Ujar Idris lagi, kejayaan Felda hari ini boleh dilihat dengan pengurusan yang bertambah baik menerusi penyediaan penyata kewangan dalam tempoh yang singkat berbanding sebelum ini.

“Kalau sebelum ini penyata kewangan 2019 memakan masa 13 bulan, penyata kewangan 2020 berjaya diaudit dalam masa sembilan bulan.

“Penyata hutang peneroka hampir 20 tahun tidak boleh di ‘finalize’ sebelum ini selesai pada 30 September 2020,” ujarnya.

Menurutnya, pemilikan saham Felda dalam FGV Holdings Berhad meningkat kepada 82 peratus berbanding sebelum ini, 34 peratus.

“Ini kerana apabila FGV diwujudkan untuk memberi bantuan kepada Felda, tetapi oleh kerana dia tercampak jauh, kita dekatkan dia untuk jadi satu keluarga.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemerkasaan teknologi merupakan aspek terakhir dalam menjadikan Felda untuk mencapai kedudukan 300 terbaik dunia.

“Teknologi ini untuk meningkatkan produktiviti ladang peneroka dan meningkatkan mobiliti sosial komuniti Felda.

“Antaranya Smart Plantation Management Solution (SPMS) yang menggunakan dron untuk kerja meracun, Smart Classroom untuk sekolah menengah dan program Felda Digital Marker Hub-Coding dan Robotik bagi sekolah rendah.

“Jadi kita dah mula melancarkan Coding Robotik di semua 200 sekolah rendah di bawah rancangan Felda, kos tidak banyak, dan kita gunakan dana daripada anak Felda sendiri.

“Kita galakkan anak Felda yang sudah berjaya untuk menderma bagi membangunkan sekolah-sekolah ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan