32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ajal pegawai KWSP dijemput ketika sujud solat Dhuha

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia ketika sujud solat sunat Dhuha di kediamannya dekat Segambut di Kuala Lumpur, pagi ini.

Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan, mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.

Advertisements

“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran.

“Apabila masuk ke dalam rumah dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam bilik dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya ketika dihubungi BH Online hari ini.

Beh berkata, jenazah arwah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat akan dijalankan esok.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan