28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

5,339 kes baharu; atasi jumlah kes sembuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan 5,339 kes jangkitan baharu COVID -19 hari ini dengan sebahagian besarnya merupakan penularan tempatan.

Kes baharu berkenaan turut melepasi jumlah 3,187 kes sembuh yang direkodkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 227 kes adalah kes import membabitkan 101 warganegara manakala 126 individu lagi bukan warganegara.

Beliau berkata, sebanyak 113 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 59 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Terdapat 3,187 kes sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah individu yang pulih daripada jangkitan tersebut adalah seramai 2,787,190 orang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tujuh lagi kluster baharu COVID -19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui di negara ini adalah sebanyak 6,434 kes.

“Sebanyak 6,116 kluster telahpun ditamatkan setakat ini namun, terdapat 318 kluster masih lagi aktif,” katanya.

Terdahulu, hari ini Noor Hisham menerusi Twitter membertahu, negara hari ini mencatatkan pertambahan bilangan kes baharu melebihi paras 5,000 dengan 5,566 kes.

Daripada jumlah tersebut seramai 5,515 kes terdiri daripada mereka yang berada dalam kategori satu dan dua manakala, 51 kes lagi merupakan kategori tiga, empat, dan lima.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan