31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

RFID pada nombor plat dan pelekat boleh cegah jenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNAAN teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada nombor plat dan pelekat cukai jalan (roadtax) boleh membantu mencegah dan mengesan aktiviti jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, perkara tersebut pernah dicadangkan sebelum ini.

“Saya pernah cadangkan masa saya berkhidmat.

“Ia boleh mencegah jenayah dan juga mengesan mereka yang melakukan jenayah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, nombor plat kenderaan seharusnya dikeluarkan oleh pihak berwajib.

“Nombor plat harus dikeluarkan oleh pihak berwajib dan bukan kedai biasa,”katanya.

Malaysia disasarkan memperkenalkan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya menggunakan teknologi RFID menjelang 2025.

Pada masa ini, penggunaan teknologi RFID memerlukan pengguna membeli sekeping tag dari Touch ‘n Go pada harga RM35.

Baca juga:   Kedutaan pantau isu rakyat Malaysia terkandas di Myanmar

Terdahulu, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi PLUS, dengan RFID dibekalkan oleh syarikat Touch N Go.

Ia merupakan projek rintis dengan sebelum ini RFID untuk kawasan dalam bandar sudah pun dilaksanakan, manakala mula dilaksanakan PLUS di peringkat Lebuhraya Utara-Selatan.

Untuk rekod projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021.-Edisi 9

Baca juga:   Parlimen : Pelaksanaan RFID bagi lihat sistem berkesan sebelum diperluaskan



Wartawan

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan