26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

LLM laksana PoC MLFF di Besraya guna RFID, ANPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN Proof of Concept (PoC) Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan menggunakan teknologi pengenalan nombor plat automatik (ANPR) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pelaksanaan PoC itu akan dilakukan selewat-lewatnya pada penghujung Oktober depan.

“Gabungan RFID dan ANPR merupakan teknologi yang telah diteliti dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Teknikal MLFF, Makmal Value Assessment dan Makmal Value Engineering yang melibatkanan agensi-agensi teknikal.

“Pelaksanaan PoC ini melalui struktur gantri MLFF berskala sebenar bertujuan bagi menguji dan menentusahkan kecekapan sistem front end gantri MLFF terhadap Petunjuk Prestasi Utama yang dietapkan dalam operasi lebuh raya kelak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini mengumumkan Lebuh Raya Besraya menjadi lokasi pertama pelaksanaan PoC di negara ini.

Baca juga:   UMNO kekal parti terbesar, tarik 127,214 ahli baharu - Ahmad

Sebanyak 11 lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan dirancangkan akan dilaksakan bermula pertengahan September ini.

Sementara itu LLM menyambut baik pengumuman Nanta Linggi berkenaan lokasi PoC MLFF yang pertama di Malaysia.

Namun pada masa sama, LLM turut berharap kerjasama semua pihak khususnya pengguna jalan raya untuk menjayakan pelaksanaan sistem itu.

“Komitmen dan sokongan berterusan pengguna amatlah diharapkan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol di negara ini,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Banjir: 3 PPS dibuka tempatkan 42 penduduk di Raub

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan