31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Kenapa tak standardkan lorong RFID, Smart Tag dan TNG?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang

KAMI para ‘pilot darat’ tidak faham kenapalah plaza-plaza tol ni tak standardkan sahaja lorong-lorong bagi laluan pengguna RFID, Smart Tag dan Touch n’ Go (TNG).

Kadang berbelit-belit dibuatnya yang sebetulnya menjadi salah satu punca kesesakan pada plaza tol terutama pada waktu puncak.

Itu belum lagi hari ini lorong Smart Tag, esok bertukar jadi RFID, lusanya lorong sama dah jadi lorong TNG pula.

Kenapa tak standardkan saja yang mana semua laluan bagi RFID di sebelah kanan plaza tol, di bahagian tengah pula bagi lorong Smart Tag dan kiri pula adalah untuk TNG.

Kan senang! Pengguna pun dah boleh hafal dan tau mana nak tuju.

Sekarang ini kalau tengok lorong TNG paling sesak dan bila lorong RFID berada di tengah-tengah antara lorong TNG maka pengguna RFID pun terbabit dalam kesesakan.

Jadi bila Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi sudah mengambil perhatian isu ini dan mengarahkan pengendali lebuh raya menyelesaikannya, legalah sikit.

Advertisements

Harapnya dapatlah diselesaikan dengan segera memandangkan isu ini sudah berlarutan.

Malaysia ini begitulah. Soal penggunaan teknologi agak ke depan tetapi tidak efektif sebab tidak mengambil kira hal-hal sampingan.

Memang betul guna RFID dan Smart Tag lebih pantas tetapi kalau lorong RFID sudahlah satu, duduk di antara lorong TNG pula, macam mana nak pantas.

Satu lagi penulis tidak faham, kerajaan kata nak galakkan pengguna guna RFID dan nak hapuskan lorong TNG, tapi satu plaza tol cuma ada satu lorong RFID sahaja.

Akhirnya, plaza tol dah jadi macam mulut botol. Semua kenderaan dari segenap lorong tertumpu pada satu lorong. Tak ke cerdik namanya tu?

Apa-apapun di bawah Kerajaan Perpaduan ini diharapkan pengendali lebuh raya, operator TNG dan mereka yang terbabit tu biarlah cerdik sikit.

Ini tidak, konon nak senangkan pengguna tapi akhirnya menyusahkan. Tak ke haru!


ABANG LORI
Shah Alam, Selangor

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan