25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pusat Respons Scam Kebangsaan bantu mangsa penipuan siber

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG awam boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya mensyaki menjadi mangsa penipuan siber.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, orang awam boleh menghubungi NSRC melalui talian 997 yang beroperasi secara 24 jam.

Beliau berkata, bertujuan NSRC adalah bagi membantu mangsa penipuan siber agar bertindak segera daripada terus menanggung kerugian akibat pengeluaran wang tanpa sekatan.

“Tindakan segera akan dijalankan dengan membekukan akaun serta menyekat pengeluaran wang seterusnya.

“Mangsa penipuan juga perlu membuat laporan polis dan laporan ke pihak bank berkaitan untuk tindakan siasatan lanjut.

“NSRC merupakan inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menangani kes-kes jenayah siber dengan lebih berkesan dan bersepadu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menyalurkan maklumat mengenai perbankan apabila diminta oleh mana-mana pihak. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan