25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

‘Payung emas’ hanya hadis palsu – Bekas mufti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISTILAH ‘payung emas’ yang seringkali digunakan masyarakat sejak dulu lagi khususnya golongan lelaki rupa-rupanya hanyalah hadis palsu.

Bekas Mufti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tiada istilah payung emas menurut mana-mana hadis, sebaliknya ia sebenarnya adalah hadis palsu.

Menurut beliau lagi, sikap sebagai Muslim adalah tidak menentang sebarang syariat Allah SWT, namun yang pasti ada keperluan dan hikmah dalam keadaan tertentu.

“Kita cuma menolak sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu lantas mengabaikan hak-hak lain,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkongsikan kenyataan berkenaan susulan persoalan pengguna media sosial yang berkongsikan mengenai situasi wanita zaman sekarang yang mengejar nikmat dunia berbanding payung emas di akhirat.

Ujar beliau lagi, jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan taat kepada suaminya, maka Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki.

Menurut beliau, hukum bagi sesuatu juga perlu dilihat daripada aspek sebab dan illahnya.

Advertisements

“Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

“Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. (Surah al-Nisa’, 4:3),” katanya.

Menurut beliau, hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram dan tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

“Berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan