33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

21,315 kes baharu COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA terus mencatatkan perningkatan jangkitan baharu COVID-19 dengan 21,315 kes dilaporkan.

Jumlah kes baharu berkenaan kekal melepasi angka 20,000 untuk kali keempat tahun ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,061,550 kes.

Berdasarkan perbandingan, kes harian mula merekodkan melepasi angka tersebut pada Jumaat lalu dengan 20,939 dan Sabtu pula sebanyak 22,802 kes serta semalam dengan 21,072 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian hari ini, 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 21,228 kes (99.59 peratus) kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan pula, kategori satu sebanyak 6,200 kes (29.09 peratus), kategori dua sebanyak 15,028 kes (70.50 peratus), kategori tiga sebanyak 48 kes (0.23 peratus), kategori empat sebanyak 23 kes (0.11 peratus) dan kategori lima pula 16 kes (0.07 peratus),” menurut hantaran Twitter beliau hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bagi kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes atau 18.4 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 54 kes atau 62.1 peratus telah menerima dua dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak yang dipercayai kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun dan 35 kes bersamaan 40.2 peratus berumur 60 tahun ke atas.

“Selebihnya, 28 kes bersamaan 32.2 peratus mempunyai penyakit komorbid; dua kes bersamaan 2.3 peratus ibu mengandung dan lapan kes bersamaan 9.2 peratus kes telah meninggal dunia, di mana dua kes bersamaan 2.3 peratus adalah kes kematian yang dibawa ke hospital (BID),” katanya.

Beliau berkata, negara juga terus mencatatkan peningkatan kluster aktif COVID-19 dengan jumlah terkini sebanyak 435 kluster berbanding semalam, 421 kluster.

“Bagi kluster COVID-19  baharu pula merekodkan peningkatan kepada 17 kluster berbanding semalam, 10 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,613 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,178 kluster berbanding semalam, 6,175 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan peningkatan 199 kes berbanding semalam, 187 kes.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 115 kes berbanding semalam, 109 kes.

“Malaysia mencatatkan sebanyak 21,315 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 21,072 kes sekali gus mengatasi 8,517 kes sembuh,” katanya.- Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan