31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Jenazah bayi lelaki ditikam ibu, selamat dikebumikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENAZAH bayi lelaki yang meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya berusia 15 tahun pada minggu lalu selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah bayi itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi, di sini kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, sebelum itu, Pejabat Agama Daerah Kemaman yang diberi tanggungjawab menguruskan pengebumian menuntut mayat bayi tersebut di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Sebaik selesai, kakitangan dan pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi untuk disemadikan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan ahli keluarga mangsa turut mengiringi jenazah.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya.

Suspek berusia 15 tahun dipercayai meminta pertolongan rakannya untuk menghubungi petugas kesihatan bagi memaklumkan tentang kelahiran bayi berkenaan.


Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan