29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024

30 penerima Biasiswa Perguruan KPM berlepas ke Australia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 30 pelajar cemerlang yang juga merupakan penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan Matrikulasi ke luar negara telah berlepas ke Australia.

Peristiwa manis berkenaan telah dikongsikan KPM melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut KPM, pelajar cemerlang yang bakal menjadi guru itu berlepas ke Australia bagi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Pelajar akan mengikuti pengajian dalam bidang Matematik, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Komputer di university yang tersenarai dalam Top 100 QS World University Rankings di Australia.

“Antaranya adalah Australian National University, University of Queensland, University of Sydney, University of New South Wales dan University of Melbourne,” katanya hari ini.

Untuk rekod, sesi perlepasan pelajar tajaan KPM berkenaan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 dan 12 Februari yang lepas.

Sesi berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Tajaan Pendidikan, Puan Mazlina Munawar.

Sementara itu, bagi pemilik akaun Arinawati Abdullah, beliau mengharapkan KPM dapat menyambung dan menambah kouta serta program utk pelajar-pelajar cemerlang yang berminat.

Manakala, bagi Halimah Othman pula, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang terpilih.

“Tahniah anak-anak terpilih. Belajar bersungguh-sungguh buktikan pada keluarga, agama dan bangsa,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan