30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Dua anggota APM Pahang maut kemalangan, seorang parah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang maut manakala seorang lagi yang juga anggota agensi sama cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Chenor, Temerloh, Pahang petang tadi.

Perkhabaran pilu itu dikongsikan oleh laman Facebook rasmi APM dalam satu hantaran salam takziah hari ini.

“Dimaklumkan bahawa terdapat tiga anggota APM Pahang telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya di Exit Jalan Chenor pada 24 Februari 2022 (Khamis).

“Dua daripada tiga anggota tersebut kembali ke rahmatullah iaitu PBT Muhamad Nur Izzuddin Mohd Razali dan LT.M Siti Fairuz Adnan.

“Seorang daripada mereka cedera parah dan masih dirawat iaitu LANs Koperal Nurulain Zufardliyana Mat Daud,” kongsinya hari ini.

Sehubungan itu, seluruh warga APM menzahirkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama golongan orang beriman.

Baca juga:   Pengurangan kerusi UMNO atas dasar musyawarah BN

Sementara itu, insiden sama turut dikongsikan menerusi Facebook rasmi Bomba dan Penyelamat Pahang.

Menurut hantaran berkenaan, kemalangan berkenaan berlaku kira-kita pukul 2.38 petang di kilometer 142.9, Lebuhraya Pantai Timur.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba Maran diketuai oleh PPgB Shamsul Affendi Sulaiman bersama lapan anggota hadir ke lokasi kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton Wira dan sebuah lori di KM 142.9, Felda Sungai Lerek petang ini.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan dua orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa tersepit yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga:   KKMM tubuh yayasan bantu petugas media hilang pekerjaan

Manakala menurut kenyataan berkenaan, seorang lagi mangsa wanita dewasa mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera pula diberi rawatan awal oleh pegawai EMRS Bomba sebelum dihantar ke hospital.

-EDISI9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan