30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Dua pekerja melecur dalam kebakaran kilang proses getah tiruan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA pekerja lelaki tempatan melecur dalam kebakaran di kilang memproses getah tiruan Bhd di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.16 petang itu telah menyebabkan dua pekerja syarikat berkenaan melecur di tangan.

Menurutnya, seorang pekerja patah kaki kiri selepas terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas terdengar letupan.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Sohaimi berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dua tangki simen di syarikat berkenaan yang meletup.

Menurutnya, ia mengakibatkan kerosakan pada tangki simen yang memproses getah tiruan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama pasukan bantuan kecemasan kilang itu berjaya memadam kebakaran pada 8.30 malam.

Baca juga:   20 pekerja kilang pakaian maut dalam kebakaran

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, seramai 12 anggota diketuai oleh Komander Operasi Ibrahim Omar dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

Menurutnya, seramai 26 anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dan Johor Jaya turut membantu operasi.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Fasa pertama pemasangan lokar sekolah selesai hujung bulan ini

FASA pertama pemasangan lokar sekolah dijadual akan dapat diselesaikan hujung bulan ini. Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata, ada lima...

Lagi Artikel Berkaitan