36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SOP terkini ibadah umrah telah siap – Nancy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARIS panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu ibadah umrah yang dikemas kini oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah siap sepenuhnya, kata Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, antara yang diperhalusi di dalam SOP baharu itu melibatkan masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.

Bagaimanapun, katanya, SOP berkenaan belum dimuktamadkan lagi buat masa ini.

“SOP ini perlu dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya di Putrajaya hari ini, lapor Astro Awani.

Mengulas mengenai kekeliruan yang timbul sama ada boleh meneruskan penerbangan umrah pada 8 Februari depan, Nancy menjelaskan,ia tidak semestinya dilaksanakan pada tarikh tersebut kerana banyak perkara perlu dimuktamadkan.

“Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari… Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan SOP dan tempahan serta sebagainya.

“Saya tidak kata boleh terus terbang tetapi ikut perkataan (yang digunakan) boleh bermula,” katanya.

Semalam, beliau mengumumkan Kabinet bersetuju memutuskan untuk membenarkan semula ibadah umrah bermula 8 Februari depan.

Sementara itu, ditanya mengenai bayaran tuntutan jemaah yang terkesan akibat penangguhan umrah, Nancy berkata, pihaknya sedang mengadakan sesi perbincangan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan mekanisme pembayaran.

“Sebelum ini kita telah bincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan MOF minta MOTAC bincang secara terperinci dengan TH sebelum memanggil pihak terlibat (agensi pengendali umrah),” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan