28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kos RFID tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETIKA pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merungut kerana berlaku kesesakan di plaza tol berikutan pelaksanaan kutipan tol sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan mempersoalkan harga jualan pelekat sistem tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kos bagi pelekat RFID tersebut tidak sampai RM1 tetapi pihak Touch N’Go (TNG) yang menyediakan perkhidmatan itu mengenakan caj sehingga RM35.

Beliau berkata, pelekat RFID itu sepatutnya diberikan secara percuma kepada para pengguna jalan raya, dan bukannya dikenakan bayaran yang dianggap melampau.

“Jadi, sebab apa masih mahu jual sticker RFID yang kosnya kurang dari seringgit pada harga RM35 sekeping?

“Jika tidak mahu beri percuma lagi, turunkanlah harganya ke RM5,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Najib berkata, TNG dan PLUS Berhad sepatutnya memberi fokus kepada perniagaan teras iaitu dompet elektronik (e-dompet) dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

“Fokuslah pada perniagaan teras iaitu e-wallet saja. Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan sticker (pelekat). Jangan jaga kepentingan bank-bank besar sahaja sehingga membebankan rakyat biasa,” katanya.

Maklumat pemilikan kepentingan Touch N’Go oleh syarikat insurans AIA dan CIMB Group dikongsi oleh Najib Razak menerusi Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, TNG kini sudah bernilai RM3 bilion di mana Bank CIMB telah memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lepas akibat kenaikan nilai syarikat TNG.

Advertisements

Sebelum itu, beliau berkata, TNG adalah syarikat yang dimiliki oleh Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerika Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Beliau berkata, pelekat RFID sebelum ini diberikan secara percuma kepada pelanggan TNG sejak sistem itu mula dilaksanakan di Lembah Klang pada 2018.

Namun pihak TNG mula mengenakan bayaran sebanyak RM35 bagi setiap pelekat RFID sejak 15 Februari 2020 yang lalu.

Semalam, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan TNG memberi penjelasan serta mencari penyelesaian berhubung pelbagai isu berkaitan teknologi RFID.

Malah Fadillah berkata, pihaknya sudah memanggil PLUS dan TNG untuk memastikan semua isu berkaitan pelaksanaan RFID berupaya diselesaikan secepat mungkin.

Sebelum ini, beberapa pengguna jalan raya mengutarakan kekecewaan selepas terperangkap dalam kesesakan di lorong tol, berikutan kegagalan sistem RFID.

Keadaan menjadi lebih parah apabila pengguna jalan raya yang gagal melakukan pembayaran menerusi RFID terpaksa mengambil keputusan beralih ke lorong TNG, namun mendapati baki dalam kad tidak mencukupi.

Hal itu kerana pertukaran penggunaan sistem bayaran daripada RFID kepada kad TNG menyebabkan pengguna lebuh raya akan dikenakan caj maksimum.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan