30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

LZS beri bantuan kepada suami mangsa dipenggal kepala

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan bantuan kecemasan dan khairat kematian kepada suami wanita yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu lepas.

LZS berkata, bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan yang dihadapi oleh suami mangsa.

“Pasangan ini merupakan salah seorang asnaf kami di Kuala Selangor. Kami masih ingat lagi keceriaan wajah mereka di majlis penyerahan rumah zakat pada tahun lepas.

“Kami mendoakan beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian besar ini dan semoga Allah menempatkan arwah isteri beliau dalam kalangan orang beriman,” menurut LZS dalam Facebooknya.

Advertisements

Semalam, negara digemparkan dengan kejadian tragis, seorang wanita berusia 56 maut selepas kepalanya dipenggal oleh anak lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Sementara itu, LZS berkata, program pencegahan, pendidikan dan pemulihan dadah memerlukan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan hendaklah bermula daripada peringkat pendidikan awal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan