30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Masjid, surau di Selangor dibenar solat Jumaat kapasiti penuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat di negeri ini.

Kebenaran itu telah diperkenankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak 1.0 meter.

“Berikutan perkenan terkini Sultan Selangor, satu surat ketetapan mengenainya akan dikeluarkan dan diedarkan oleh jabatan ini kepada kesemua masjid dan surau terlibat dalam tempoh terdekat, untuk dilaksanakan pada hari Jumaat bertarikh 21 Januari 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketetapan baharu itu akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah Solat Fardu Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau, berbanding jumlah bilangan jemaah Solat Fardu Jumaat dibenarkan melalui ketetapan terakhir jabatan itu pada 1 Nov 2021.

“Sebanyak 427 buah masjid dan 316 surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat akan terlibat dengan ketetapan terbaru ini.

“Ketetapan baharu ini masih menetapkan bagi pihak pentadbir masjid dan surau untuk menguatkuasakan prosedur operasi standard yang ditetapkan kepada para jemaah,” katanya.

Mohd Shahzihan berkata, JAIS berharap agar ketetapan baharu ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam khususnya golongan muda untuk berusaha mendapat tempat bagi menunaikan kefarduan mengerjakan Solat Fardu Jumaat.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan