31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Senario politik negara punca Indeks Persepsi Rasuah merosot

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SENARIO politik negara yang tidak stabil menjadi salah satu punca Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi Malaysia merosot di mata Transparency International (TI), kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha.

Menurut beliau, pertukaran kerajaan dalam tempoh yang singkat, penyalahgunaan kuasa oleh para pemain politik serta melompat parti bagi tujuan tertentu menjadi punca kemerosotan CPI.

Beliau berkata, keadaan tersebut sudah pasti mengundang kegiatan rasuah berlaku dan tentunya ia melibatkan lebih banyak golongan dan institusi.

“Ini dilihat satu budaya politik yang tidak sihat. Dapat dilihat bahawa faktor ini menjadi punca utama CPI negara semakin menurun.

“Di tambah dengan pemain-pemain politik mengambil peluang dan ruang ini untuk terus bermain politik bagi mengekalkan kedudukan dan pangkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa kedudukan Malaysia dalam CPI dunia bagi tahun 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding tangga ke-57 pada 2020.

Memetik kenyataan Presiden TI Malaysia, Muhammad Mohan, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 48 berbanding skor sebanyak 51 peratus pada tahun sebelumnya.

Baca juga:   Terlalu banyak agensi kendali TVET satu pembaziran - MBM

Skor dicatatkan Malaysia itu menjadikan buat pertama kalinya sejak 2012, negara kini dikelompokkan dalam dua pertiga negara dengan skor di bawah 50 daripada 100.

Jufitri berkata, senario tersebut adalah satu perkara yang sangat serius dan kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih drastik dan teratur dengan strategi dan perancangan yang lebih baik untuk membaiki imej Malaysia di mata dunia.

Baca juga:   Amzad teliti tuntutan Anwar terlebih dahulu

Menurutnya, cadangan penambahbaikan oleh pihak TI Malaysia perlu diambil tindakan serius oleh Kerajaan.

“Pihak Kerajaan perlu merangka strategi yang betul dan teratur bagi memastikan imej Malaysia dapat dipertingkatkan kembali,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MBM juga bersetuju dengan cadangan agar Ketua Setiausaha diberikan mandat yang penuh untuk mengambil tindakan dan keputusan berkaitan perlakuan rasuah di kementerian.

Namun begitu menurutnya, langkah berkenaan memerlukan pemantauan oleh beberapa pihak bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah adil dan tidak dilihat bias.

Sementara itu, Jufritri berkata, MBM mengulangi cadangan agar jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes Tan Sri Azam Baki bagi segera membersihkan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dan agensi itu sendiri.

Beliau berkata, langka itu juga dapat menangani persepsi masyarakat awam terhadap SPRM yang semakin terhakis kerana ia juga bakal menyumbang kepada kemeruduman kedudukan Malaysia dalam CPI pada tahun ini.

Baca juga:   Polis tahan pendakwah selebriti didakwa rogol gadis

“MBM juga tidak mahu anak muda terus memprotes akan isu ini di jalanan dan ianya mesti diselesaikan segera melalui jawatankuasa bebas ini,” tegasnya.

-EDISI 9

Wartawan

Terkini

RUU Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan