25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 23, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Kanak-kanak 11 tahun antara 46 PATI Myanmar ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak antara 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang memasuki negara ini menggunakan pangkalan haram berjaya diberkas polis dalam dua lokasi berasingan di Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua mereka yang ditahan itu berusia antara 11 hingga 43 tahun terdiri daripada lelaki dan wanita.

Menurutnya, serbuan polis pada pukul 11 malam di kawasan semak di Kampung Sapi, Alor Pasir, Jeram Perdah berjaya membawa kepada penahanan seramai 40 PATI termasuk lima remaja.

“Kesemua PATI yang ditahan itu berusia antara 14 hingga 43 tahun ditahan semasa sedang bersembunyi di dalam semak sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota polis,” katanya hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 29 PATI yang ditahan itu merupakan lelaki dan selebihnya adalah wanita.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan dalam serbuan itu didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI yang dibawa masuk itu akan dihantar ke Kuala Lumpur.

“Tangkapan PATI ini dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Jeram Perdah yang telah bertindak membuat serbuan sejurus menerima maklumat berkait dengan aktiviti penyeludupan migran ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan berasingan di dalam sebuah bangunan lot kedai lama di Jalan Pusu 40 di sini, pihaknya telah menahan seorang kanak-kanak dan lima remaja warga Myanmar.

Baca juga:   3 individu guna nama TMJ tukar mata wang RM20.91 trilion diburu
Baca juga:   Kecewa kekasih lari, lelaki bakar tafsir al-Quran

Beliau berkata, PATI tersebut ditahan pada jam 4.45 petang hari yang sama.

Katanya, kesemua mereka ini berusia antara 11 hingga 17 dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah semasa ditahan.

“PATI yang kita tahan ini terdiri daripada lima perempuan dan seorang lelaki,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat yang telah dibuat PATI itu mengaku baru satu hari sampai di Malaysia.

-EDISI9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Setiausaha Politik Ahli Parlimen antara dua individu didakwa esok

DUA individu yang mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Parlimen di Selangor akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, atas tuduhan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>