24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Harga petrol RON95, diesel kekal; RON97 naik 5 sen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 2 Februari ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 5 sen kepada harga RM 3.12 seliter berbanding RM3.07 seliter pada minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

“Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan,”kata kenyataan itu.

Menurutnya, harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

Baca juga:   JKM selamatkan dua beranak terbiar hidup dengan ayam, itik

“Bagaimanapun, kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

“Dalam masa sama aan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan